nuffnang

Followers

Wednesday, May 23, 2012

kira nya begini nasib aku...aku redha

sedih.. memang sedih.. tipu kalau aku cakap aku tak sedih..

and thanks for those yang tak henti2 tanya khabar aku.. especially my boy..

thanks kerana sudi faham situasi aku... and thanks sebab sentiasa ada untuk aku walaupun kadang2 aku susah nak cerita segala hal kat kau.. sebab aku lebih gemar bercerita di laman blog aku..

bukan aku nak jadikan kau sebagai orang yang tidak penting.. tapi bagi aku blog aku ibarat kawan baik aku sendiri.. aku bebas nak luah kan apa2..aku bebas nak jadi diri sendiri..

setelah puas menulis.. baru lah aku akan ada keberanian nak cerita dekat kau atau pun dekat kawan2 aku..

ok lah.. tutup cerita lama.. buka cerita baru... kepada arwah mohd hafizal bin seman.. awak tetap berada di dalam hati saya walaupun jasad kita sudah berjauhan.. jangan risau teman ku.. akan aku titip kan doa buat mu setiap kali selepas solat...

ok.. now aku nak cerita pengalaman aku semalam..

korang percaya atau tak.. semalam aku jadi cikgu tuition gantikan kawan aku sebab dia ada hal.. well... not bad la aku ajar budak2 tu..

have fun gilessss... melepas rasa rindu aku nak ajar murid2.. mesti korang peningkan...???? aku ni nak jadi cikgu ke doctor..

rilex beb..rilex... :)

aku dulu before g indonesia aku pernah jadi cikgu GSTT ( guru sandaran tidak terlatih selama 7 bulan).. kat sek menengah ok... dah lah dapat kelas last sekali... hahhahaa.. kalau ingat2 balik memang ada rasa nak marah.. kelakar pun ada..

nak marah sebab budak2 sekarang makin kurang ajar.. nak mencarut kat cikgu pun dah tak takut dah kalau cakap depan2..kurang ajar kan????

kalau zaman kita dulu2...aisceeehhhh.. budget macam la dah lama sangat..hahahhaha...

dulu aku pun pernah je nak marah kat cikgu.. tapi tak de lah cakap mencarut depan2.. tapi budak2 sekarang..perghhhhh

ni la natijah nya kalau cikgu tak dibenarkan merotan anak murid..

actually aku rasa better cikgu dibenarkan merotan anak murid.. bukan untuk menyakitkan budak.. tapi untuk mendidik.. dan kepada si cikgu pulak... bila... ok aku ulang lagi sekali ye.. BILA... and bila dibenarkan  merotan budak tu jangan lah gairah sangat sampai habis cacat budak2 ko kerjakan..hehehehhe.. maaf teremo plak..

tapi serious la.. kalau cikgu tak dibenarkan merotan.. makin menjadi2 anak murid.. tu yang sekarang ni.. ada kes budak2 ugut nak bunuh cikgu la.. berani pukul cikgu la.... aiyoyoyo..

so... apa2 pun semoga budak2 yang akan datang akan lebih matang dalam menampilkan sikap hormat kepada guru :)

Sunday, May 20, 2012

Masih tak boleh tido... Ingat dekat awak..

Awak... Saya still tak boleh tido.. Saya teringat dekat awak...

Saya Dari tadi asyik baca mesej kita Kat Facebook..

Baru saya tau saya dah janji dengan awak tapi saya tak sempat tunaikan...

Ingat lagi tak dulu awak cakap awak pergi langkawi..

Saya pura2 merajuk dengan awak sebab awak tak bagi tau yang awak pergi sana...

Awak cuma kol saya bila dah sampai sana... Awak tanya saya nak Apa....

Saya cakap saya tak kisah.. Sebab saya tau mesti awak bawak duit cukup2 je...

Tapi awak cakap awak nak beli juga hadiah untuk saya..

Saya janji dengan awak saya nak datang ambik hadiah tu Kat kolej akhir tahun lepas..

Tapi sebab busy dengan activities harian and exam, seminar dan lain2... Saya jadi lupa dan makin lupa Kat awak dan janji saya Kat awak untuk ambik hadiah tu...

Mesti awak hampa kan sebab saya tak sempat ambik dan buka hadiah yang awak khas kan untuk saya...

Saya minta maaf awak.. Minta maaf sangat2...

Saya tak de niat nak buat awak sedih macam ni... Sumpah awak.. Saya betul2 tak berniat..

Awak..

Maaf kan saya juga sebab saya tak prasan mesej awak pada 24/11/2011... Hari ni baru saya prasan mesej awak tu

Mungkin saya terlepas pandang..

Awak ajak saya teman awak pergi beli baju... Tapi saya tak balas sebab saya terlepas pandang untuk baca..

Mesti awak Ingat saya tak sudi kuar teman dengan awak kan?

Dah la banyak Kali awak ajak saya kuar.. Tapi pasti ada je yang berlaku.. Yang halang saya kuar dengan awak

Maaf kan saya awak...maaf kan saya...

Andainya saya boleh berada Di sisi awak Di saat2 akhir tentu saya tak sedih macam ni..

Saya tau awak teringin sangat nak jumpa saya sebelum awak pergi tinggal kan saya..

Tapi saya tak tau awak... Awak slalu sembunyikan kesusahan awak apatah lagi kesakitan awak..

Apa guna saya belajar medic tapi saya tak dapat Bantu awak....

Awwwwwwaaaaaakkkkkkkkkkkk........

Kalau la saya tau sekarang ni saya Tengah nangis untuk awak mesti awak sedihkan...

Pernah sekali saya tension dengan exam.. Saya lepaskan geram dekat awak..

Awak tak marah saya balik..

Tapi awak cuma Tanya kenapa malam ni emo semacam...

Mungkin suara saya malam tu awak bunyi sebak...

Awak pujuk saya supaya jgn menangis... Awak cakap awak tak sanggup kalo saya nangis...

Awak.....

Awak.....


Awakkkkkkkkkkkkkk.... Tau tak saya Tengah panggil Nama awak ni???????

Awak.. Tetap akan berada dalam hati saya sebagai teman yang baik... Klau sesiapa baca blog ni.. Sudi2 la sedekahkan al fatihah kepada mohd hafizal bin seman..

al fatihah kepada mohd hafizal

dah banyak kali aku cuba untuk taip... tapi asyik terhenti2...

aku tak dapat menahan sedih.. aku terlalu rasa bersalah dengan kawan aku yang bernama hafizal @ damien..

arwah dah meninggal pada 3 may 2012... tapi baru hari ni aku tau... kejam nya aku...kawan jenis apakah aku ni?????

akhir tahun lepas awak ada sms dan kol saya.. waktu tu awak bagitau yang awak dalam hospital sebab jangkitan paru-paru... tapi sibuknya saya...sampai saya cakap " awak kol saya malam ni ye... saya tengah sibuk ni", kejam nya aku waktu tu..tapi aku tak de pilihan lain sebab aku memang busy di hospital..

malam tu dia tak kol... so, aku yang kol dia.. suara dia lemah tapi dia cuba buat2 happy... sebab awak tak nak bagi saya risau kan awak...

awak... maafkan saya kerana saya telah lupakan awak... ye saya lupa nak tanya khabar awak setiap hari.. dan malam tu lah juga saya dan awak last berhubung... :'(

saya kesal dengan apa yang saya dah buat dekat awak.. saya bukan lah kawan yang baik untuk awak.. maafkan saya awak...

walaupun awak sakit tapi awak tak lupa nak wish bufday saya.. tapi masa tu saya tak de kredit so saya tak reply mesej awak...

saya masih ingat lagi di awal perkenalan kita di awal tahun lepas.. kita berhubung melalui kawan... tanpa saya tahu yang awak rupa2 nya belajar di satu tempat yg sama dengan saya.. dan hostel kita pun rupa2 nya bersebelahan..

waktu pertama kali kita jumpa waktu awak nak pinjam buku pathophysiology.. dan awak cakap masa tu awak tak cukup duit sebab duit ptptn tak masuk lagi..

masa tu saya cepat2 cari takut ada bekalan maggi or biskut or apa2 la yang saya boleh bagi dekat awak.. alhamdulillah saya jumpa 1 bungkusan nestum yang belum dibuka... so, saya tak pikir panjang saya terus turun bawa buku dengan bungkusan nestum tu untuk awak..

awak terima buku tapi awak pelik bila saya bagi bungkusan nestum tu.. awak ragu2 nak ambik sebab bungkusan tu belum dibuka dan sebab awak malu dan juga sebab awak takut susahkan saya.. tak awak..saya ikhlas nak tolong awak... hari ni hari awak susah dan saya tolong.. siapa tahu hari saya susah ada orang lain pula yang tolong.. awak tersenyum dan awak terima bungkusan saya tu bersama buku..

saya tau awak orang susah... sebab tu saya tak berkira dengan awak.. lagi pun kita kan kawan.. :)

2 minggu lepas tu awak cakap awak dah dapat duit then awak nak bagi buku dan duit sebagai ganti untuk bungkusan nestum... saya cakap saya hadiahkan buku dan nestum tu sebagai tanda perkenalan kita... lagipun saya ada banyak buku pathophysio...

tapi awak nak juga saya turun masa tu.. rupa2 nya awak nak borak2 dengan saya.. dan awak nak belanja saya makan kat cafe..

so saya pun tak nak awak hampa saya pun ikutlah awak pergi cafe.. saya ingat lagi waktu tu hari ahad..pukul 9 pagi.. keadaan kat cafe masa tu lengang sebab budak2 tak bangun tido lagi.. happy nya kita berborak masa tu...

then, kita hanya berborak dekat telefon and sms je sebab jadual masing2 tak izinkan untuk kita selalu jumpa..

kita selalu terserempak dekat fakulti dan cafe... tapi saya tak tegur awak..saya cuma senyum je.. sebab saya malu kalau orang tau saya rapat dengan mana2 lelaki... kolotnya saya...

setiap kali awak nampak saya awak mesti senyum lebar sangat2 dan awak akan pandang saya sampai saya hilang dari pandangan awak... saya rindu pandangan awak tu kawanku...

awak selalu jenguk saya kat bilik study lepas awak balik keje..

awak cakap duit ptptn tak cukup..so awak kena kerja sambil belajar.. siang awak pergi kelas malam awak akan pergi kerja... awak dah cukup penat dengan aktiviti seharian awak..tapi awak tak pernah penat untuk tanya keadaan saya...

terima kasih awak...

pernah beberapa kali awak jenguk saya kat bilik study sambil bawa bungkusan burger mcD or makanan lain... sebab awak takut saya lapar belajar tengah malam... waktu tu terharunya saya...

tapi saya suruh awak balik bilik cepat2.. bukan saya halau awak tapi sebab saya tau awak dah cukup penat jadi saya tak nak awak bazirkan masa awak untuk saya... sebab awak perlu rehat untuk pergi ke kelas esok hari...

awak cuma senyum sambil lambai2 tangan kat saya..saya cuma tersenyum je

awak maafkan saya... sebab saya pernah gunakan awak untuk jadikan pakwe sementara kat fb saya semata2 kerana nak buat ex saya jeles..

awak tau semua tu tapi awak setuju... bila saya nak removekan status in relationship dengan awak kat fb awak tak bagi sebab awak kata awak dah selesa dengan status tu... saya bengong sekejap masa tu... saya cakap dengan awak saya juz nak letak status tu untuk 2 minggu je..tapi ni dah lebih.. so saya nak remove la..

tapi awak larang.. rupa2 nya awak dah sukakan saya.. terima kasih awak kerana sudi sukakan saya... insan yang lemah dan tidak punya apa2 kelebihan..

tapi masa tu saya tetap degil nak remove juga..sebab saya cuma sukakan awak sebagai sahabat saje.. hampanya awak masa tu.. tapi awak tak pernah bermasam muka jauh sekali nak marah kan saya..

awak tetap dengan caring awak sama macam dulu...

then lepas tu hanya sesekali awak hantar sms tapi saya tak reply sebab saya rasa macam lain je lepas awak luahkan perasaan awak.. bodohnya saya...

awak.... awakkkkkkkk..... awakkkkkkkkkkkkkkkkkk saya dah tak dapat lihat senyuman awak dah...

kenapa awak tak bagitau yang awk tengah sakit????

awak tak nak susah kan saya??? awak takut saya risau???

awak saya betul-betul nak jumpa awak.... patut la saya bagi sms report waiting je then fail... rupa2 nya awak dah tak de... awak betul2 dah tak de....


sejak akhir2 ni saya selalu terfikirkan awak... rupa2 nya dalam koma mungkin awak memanggil saya... tapi sayangnya saya tak dapat nak dengar.. tapi mungkin sebab tu setelah lama saya lupakan awak dan jasa awak... saya tiba2 teringatkan awak.. rupa2 nya itu sebagai petanda yang awak dah nak pergi..

maafkan saya... baru hari ni saya tau pemergian awak setelah 2 minggu awak pergi meninggalkan kami semua...

thanks awak kerana pernah menjadi sahabat saya... saya tak kan melupakan awak... saat kita selalu lepak di tangga dan di cafe...

al- fatehah untuk awak di sana... semoga awak di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...

resepi gulai tunjang minang @ gearbox :)



perghhhh tengok gambar terliur siuttttt... meleleh air liur... oh sape yang tak tau lagi.. gulai tunjang ni sama macam gearbox dekat malaysia cuma teknik masakan dia je yang lain...

and guess wat.. aku dah masak lauk ni... hehehe..sebijik wei macam yang aku makan kat Padang...

hahahhaa.. mau tau resepi nya???

rilex la dulu..tak kan dah gulp..gulpppp dah kut..hehehehheh

ok2 aku tak mau nanti ada yang kempunan...

kalau korang malas nak masak or takut rasa dia tak sama... korang boleh je pegi dekat restoran kedai minang and mintak gulai tunjang..kompem lepas tu korang nak makan lagi weiiii


bahan-bahan untuk 3-5 orang makan :

4 cm lengkuas

2 cm kunyit hidup

5 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 batang serai ( ditumbuk hujung bagi pecah )

1 batang serai dipotong halus

3 helai daun kunyit or daun kaduk

1/2 kg santan

1/2 kg daging part kaki @ gearbox yang dah dipotong dadu

cili boh 1 sudu ( ikut selera masing2)

cara nak buat :

1) blender sume bawang, kunyit hidup,lengkuas dan serai yang dah dipotong halus bersama air dan juga cili boh

2) masukkan bahan2 yg dah di blender ke dalam periuk. dan tambah kan 2 gelas air.\

3) masukkan daun kunyit yang di patah2 kan ke dalam periuk bersama serai yang dah ditumbuk di hujung

4) masukkan daging dan kacau sehingga sebati dan tunggu mendidih.

5) masukkan santan dan kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.

6) boleh siap hidang...senangkan :)  selamat mencuba......




Saturday, May 19, 2012

yahoo!!!! it's time to start our party :)

hahahaha..ayat mesti nak gempak je kan??? emm kalo tak gempak pun wat2 jela gempak ye...hahhahaha...juz nak share aku dah habis end posting exam surgery semalam..wah best gile posting ni.. aku tak tau nape tapi aku suka posting surgery ni.. banyak benda yang aku boleh belajar dalam posting ni.. memang niat hati aku nak jadi general surgeon..tapi apakan daya.. em tengok lah macam mana nanti... hehehe.. sekarang aku cuti seminggu..tapi tak tau nak buat apa..masa time sebelum exam bukan main lagi..rancang itu dan ini..tapi bila dah tiba waktu cuti sume tu hilang..hahhahaha

apa2 pun time cuti ni la aku nak bersua muka dengan teman2 lama.. lepas ni aku masuk posting wad kanak2 pula..bestnya..tak sabar nak tengok budak2..tapi yang tak best nya sebab kawan2 aku cakap lecturer ni anti budak prmpuan..padahal lecturer tu prmpuan..adeshhh.. dia suka gila dengan budak laki...aiseh man..mcm tu pun ada ke..apa2 pun doakan aku dapat buat yang terbaik ye..hehhehehe...

Saturday, May 12, 2012

experimen guna tudung bawal... hehehehehe..

actually tak de apa pun yang menarik.....hahhaaha..saje je nak menggedik tulis kat sini pengalaman aku guna tudung bawal yang berabad gile aku dah tak guna...berabad ke?? cite nak gempak je kan..hahahhaa...watever la...

hari ni aku ada family gathering kat umah makcik aku kat bangi..so, pikir punya pikir aku nak pakai apa dan tudung apa...

so aku decide nak pakai baju kemeja labuh dengan seluar jeans..

tapi bab tudung ni still belum settle lagi..

last2 aku nampak tudung bawal..ingatkan nak pakai macam tiga segi biasa macam dulu2 punya stail...tapi tiba2 hati gedik aku ni nak buat kelainan..wah kelainan la sangat ok...

so, korang nilai kan lah sendiri experimen aku ni menjadi ke tak..hahhahaha..




EXPERIMEN BARU...HEHEHEHE

Tuesday, May 1, 2012

sesi ala-ala model tak jadi..

heheheh...assalamualaikum semua..

di 1 may ni aku nak ucapkan selamat bercuti kat semua...

kali ni aku tunjukkan sesi aku berphoto ala model tak jadi dalam kereta.. hehehhe

on the way nak g kenduri kahwin sebenarnya..tapi dah alang2 tu snap je la..

kepada si acap dan si alan kalau baca blog aku ni jangan nak gelak guling-guling sangat ok..hahahhahaha




Friday, April 27, 2012

APA YANG NAK DIKATA LAGI???

assalamualaikum semua...

adeshhh actual tengah tak de mood ni.. tadi dalam kelas pun tak dapat nak concentrate langsung apa yang prof cakap..padahal tu sume point penting untuk exam.. dengan demam nya, and back pain yang tak henti-henti memang buat mood belajar ke laut..

kadang2 kita tak kan pernah sangka apa yang akan berlaku di hari-hari akan datang.. mungkin hari ni kita gembira esok kita sedih.. mungkin hari ni kita sihat esok kita sakit.. mungkin hari ni kita dapat buat apa yang kita nak buat esok dah tak dapat.. mungkin hari ni kita hidup tapi siapa tau esok kita mati...

nape la kali ni bila nak post entry asyik rasa macam nak nangis je ek.. dari semalam demam aku jadi semakin teruk..suara pun kadang2 kuar kadang2 tak.. macam perit je tekak setiap kali nak cakap.. maybe ni kut reason buat aku rasa nak nangis.. ;'(

oh ye.. tadi waktu aku nak balik dari kolej, ada 1 kereta ni agak kurang ajar ckit cara dia bawak kereta.. tengah-tengah mood tak baik ni memang sengaja nak cari pasal la kan.. so, aku pun kejar balik kereta tu.. and hampir-hampir gak la kereta nak bertembung... ( pengajaran jangan follow perangai aku)..

and salah satu cara aku nak release tension aku suka bawak kereta laju-laju.. and yup its work..

aku tak tahu hari ni aku akan dapat berapa banyak saman...

seperti yang aku cakap tadi.. kita tak dapat predict apa yang akan berlaku.. mungkin hari ni kita happy merancang sesuatu..siapa tahu hari esok lusa impian tu akan tetap tinggal impian..

dan bagi aku..sekiranya takdir aku untuk melepaskan impian tu...aku redha..

seperti juga kita merancang sesuatu selepas habis belajar..tapi ditakdirkan impian tu tak kan berlaku...

seperti juga kita merancang untuk pergi holiday.. tapi ditakdirkan untuk tidak dapat pergi..maka kita tak akan dapat pergi..

aku tak mahu kerana aku orang lain merana.. aishhh nape sedih gile bunyi entry kali ni.. hehehhehe

actually tak de apa2.. jiwa je tengah kacau...

Saturday, April 21, 2012

Betul ke tak semua perempuan tak bertudung ni jahat dan tak semua perempuanbertudung ni baik

aishhh tajuk macam bikin kontroversi panas je kan..emm tadi sedang aku nak cari bahan research tiba-tiba ternampak 1 blog lelaki ni..( maaf tak dapat nak bagitau) tajuk nya sama macam tajuk entry aku ni..

tujuan aku post entry ni sebab aku rasa tak bersetuju dengan pendapat beliau.. bukan lah niat aku nak aibkan or malukan golongan orang tak bertudung.. tapi atas niat sayang sesama umat Islam..aku rasa terpanggil untuk bagi tau apa yang aku tau..maafkan aku if aku khilaf dalam bidang agama..aku sendiri tak pakai tudung labuh tapi alhamdulillah aku telah bertudung..ye dulu aku memang tidak bertudung.

kenapa aku tak setuju dengan pendapat penulis blog tu?? sebab statement dia tak semua perempuan bertudung tu baik dan tak semua perempuan free hair tu jahat..malah hati perempuan free hair lagi baik dari yang baik...

memang aku tak nafikan ada kebenarannya sebab aku dulu pun berfikiran macam tu.. tapi itu dulu waktu aku khilaf...

siapa kata kita harus pakai tudung waktu kita betul-betul ikhlas je baru pakai???

kalau tak ikhlas buat apa susah-susah nak pakai..yelah sebab hati tak ikhlas.. khilaf nya aku dulu tanpa mengetahui perbuatan aku tu dah menyusahkan ramai orang terutama kat ayah dan adik laki aku...

tapi ada tak korang pikir nape Allah WAJIB KAN kaum wanita menutup aurat??? Allah tak akan zalim dengan hambanya..

Allah telah jadikan wanita ni istimewa di sisi Islam..bila dah istimewa mestilah tak semua dapat tatap keistimewaan kita betul tak?? hanya insan terpilih je yang dapat lihat iaitu family dan juga suami kita nanti.

tapi itu bukan topik utama yang aku nak bagi tau..tapi kesan akibat tak bertudung yang aku nak bagitau...

wanita yang tak bertudung dianggap sebagai seorang yang kejam dan penderhaka...kenapa ye???

dari ceramah yang aku dengar... wanita yang free hair ni kejam...sebab dia kejam dengan diri sendiri dan juga orang lain.. dia dah tahu rambut nya akan dibakar dalam api neraka tapi masih terus tak nak tutup aurat.

kejam dengan orang lain... tahukah korang selangkah korang kuar tak pakai tudung maka selangkah juga ayah dan adik beradik laki korang ke neraka..kenapa?? korang kan dah besar..dosa pun sendiri tanggung apsal nak libatkan orang lain pula..

tapi itu lah kenyataannya..tanggungjawab sebagai lelaki ni tak mudah..dia harus pastikan isteri,anak-anak dan saudaranya berada dalam keadaan yang diredhai Allah..sekiranya dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya maka mereka juga akan dihukum oleh Allah akibat kegagalan mereka..

mahukah kita bersikap kejam dengan diri kita sendiri dan ahli keluarga kita yang lain??

selain tu, kalau kita tak pakai tudung setiap mata lelaki yang pandang pun akan dapat dosa juga.. kan nama nya kejam pada orang lain pula..

penderhaka?? kenapa?? sebab dia derhaka dengan arahan Allah.. Allah tu bukan sesiapa tapi TUHAN... so sedangkan arahan bos kita dah cuak kalau kena marah tak kan kita tak cuak kalau Allah marah kat kita..

macam solat pula..ada ke orang cakap aku tak solat sebab tak ikhlas??? nak tunggu rasa ikhlas baru nak solat??? orang macam ni patut kena masuk hospital sakit jiwa je kalau dia pikir macam ni...

so, sebagai mana kita pandang tinggi tentang solat begitu juga kita harus pandang tinggi dalam urusan bertudung sebab tu dah memang tuntutan agama..suka atau tak kita harus buat..bukan kira ikhlas atau tak..siapa tau hari esok kita masih hidup atau tak?? kalau kita meninggal dalam keadaan belum tutup aurat macam mana ye??

macam juga sekolah waktu kecik-kecik dulu.. tak semua yang rajin ke sekolah..tapi aku rasa suka atau tak korang memang kena pergi sekolah sebab tu semua perkara wajib yang mak bapak korang akan pastikan yang korang akan pergi sekolah demi kebaikan korang juga..so sama la dengan bertudung..

emm maaf sekali lagi andai kata entry aku kali ni ada yang mengguris hati korang..tak de niat aku nak berlagak alim.. tapi aku pasti korang sayang ayah dan adik beradik lelaki korang kan..

so, harap kita semua boleh berubah ke arah yang lebih positif dan lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah..



Emm apa-apa jela

Dah lama tak post entry'.... Idea gile aku still tak datang lagi la... Tapi yang pasti aku perlukan cuti... Hehehehehh... Still dalam perancangan... Mungkin aku bercuti dengan kawan2 kesayangan ku... Dan mungkin juga dengan family aku... Adeshhh sebenarnya aku tak tau nak tulis apa tapi nak gak post entry

nuffnang

nuffnang